Dewasa kini, sistem pendidikan di Malaysia mengalami banyak pindaan dan  perubahan ekoran dari memenuhi keperluan semasa serta seiring dengan  perkembangan dan kemajuan dalam bidang pendidikan. Namun begitu, di  sebalik kerancakkan mengubah dan memperbaiki sistem tersebut ada harga  yang perlu dibayar oleh kita terutama individu yang terlibat secara  langsung dalam bidang pendidikan khususnya GURU. Mengapa mesti guru?  Inilah dilema yang dihadapi oleh guru-guru di Malaysia dalam usaha  memberi yang terbaik buat anak bangsa..Jadi di kesempatan yang ada ini,  kami mengupas serba sedikit isu-isu dalam bidang pendidikan yang boleh  dikongsi bersama serta boleh dijadikan teladan dan sempadan buat kita.  Namun, segala yang tertulis di sini diharapkan tidak menyinggung  mana-mana pihak sementelah kita hanyalah INSAN BIASA...Selamat Membaca!!            
No comments:
Post a Comment