Masalah
disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan
hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk
sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku
dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan? terdapat banya faktor yang boleh dikaitkan dalam permasalahan ini.
Masalah
ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian
ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka
sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih
sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan
melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik
perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang
menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.
Sementara
itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan
drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah
menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan
masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka
tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan
kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.
Rakan
sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi.
Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang
sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka
berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka.
Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar
itu akan turut merosot dengan drastiknya.
Tambahan
pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini
turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak
sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak
mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang
beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan
oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan
guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan
disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut
menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.
Malah,
ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut
menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat
menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah
dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka
habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih
berdisiplin.
Kemelut
ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan
masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka
daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi
ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi.
Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.
Menurut Berita Harian statistik salah laku pelajar meningkat setiap tahun.Dilaporkan
sebanyak 108,650 daripada 5.3 juta pelajar sekolah menengah dan rendah
seluruh negara terlibat dalam masalah disiplin pada tahun lalu. Daripada
jumlah itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu ponteng sekolah
merupakan penyumbang terbesar masalah salah laku dengan jumlah 18.550
pelajar. Angka ini terlalu besar, justeru marilah kita sama-sama membentung masalah disiplin pelajar.
maklumat selajutnya layari : www.perkhidmatanpelajaran.blogspot.com
No comments:
Post a Comment